Tuesday, November 24, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai Manusia, sapertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguh nya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba di batalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba MU.

* Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Monday, November 23, 2009

Wanita Solehah Itu...

Wanita solehah itu aurat dijaga...
Pergaulan dipagari...
Sifat malu pengikat diri...
Seindah hiasan di dunia ini...
Keayuan wanita solehah itu..
tidak terletak pada kecantikan wajahnya...
Kemanisan wanita solehah...
tidak terletak pada kemanjaannya...
Daya penarik wanita solehah itu...
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman muslimin...
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu...
Bukan dan tidak sama sekali...
Kepetahan wanita solehah...
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain...
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama...
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa
yang indah bak permata yang menyeri alam...
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek...
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya...
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai...
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran...
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman...

Salam Pengenalan...

di alam cyber kita bertemu...
biar tiada pertembungan dua mata...
diharapkan di antara hati kita kan bertaut...
berlandaskan satu matlamat...
berkongsi ilmu dan bertukar pendapat...
demi mencari keredhaan Ilahi...
terima lah salam perkenalan dari ku...
semoga ukhwah berkekalan selamanya...