Sunday, December 27, 2009

Pesanan Imam Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Saturday, December 26, 2009

9 sebab hati tidak bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan, dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam

Wednesday, December 2, 2009

Selamat Ulangtahun Hari Lahir...

malam ini hati ku terpanggil...
membaca nukilan sahabat baru dari facebook...
selama ini ku ikuti siri penulisannya di majalah...
berunsur nasihat dan panduan sekitar permasaalahan keluarga...
adakala ku rasakan...
pandangan yang diberikan menjurus kepada diri yang cukup sempurna...
sedangkan diri ini dapat merasakan keperitan yang dihadapi...
mereka yang mengajukan permasaalahan yang dibicarakan...
kerna pernah mengharungi segala ranjau duri yang diperkatakan itu...
pernah terdetik di hati ini...
mereka yang tidak pernah melalui peritnya perceraian...
menghadapi masyarakat sambil menyandang gelaran ibu tunggal...
bergelut memenuhi tuntutan rohani & jasmani...
membesarkan anak-anak keseorangan...
takan mampu memahami apalagi memberikan nasihat yang membina...
dalam mengharungi segala kemelut yang melanda...
namun adakala apa yang dinukilkan tetap menjadi panduan berguna...
ingat hati...ada baiknya juga nasihat dari mereka yang diluar kelompok duka...
kerna kebanyakan masalah lebih jelas kelihatan penyelesaiannya...
dari sudut pandangan orang yang tiada berkepentingan atau yang menjadi mangsa...
begitulah sering ku "rational" kan kefahaman yang ditunjukkan...
namun malam ini segalanya terungkai...
nukilannya bukan hanya berdasarkan bacaan semata...
malah berlandaskan pengalaman yang hampir serupa...
ku kagumi ketabahannya...
terus melangkah maju malah lebih berjaya...
satu yang ku perhatikan dalam hidup ini...
kehidupan kita terbahagi kepada beberapa era...
sebagai anak, pelajar, pekerja, isteri, ibu, insan yang berbakti & berjaya...
namun ada kala kita tidak dapat membawa semua...
terpaksa melepaskan satu era dalam kehidupan (contohnya sebagai "isteri")...
seolah melepaskan "bebanan" yang menghalang...
dari mencapai matlamat hidup kita dilahirkan di dunia ini...
Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Lahir ke-35...
buat sahabat seperjuangan...
biarpun mata belum pernah bertentangan...
ukhwah yang terjalin tetap ku rasakan...
semoga anda tabah menghadapi hari-hari yang mendatang...
selagi kita menyerahkan cinta kasih dan kesetiaan kepada Nya...
Dia takan pernah menghampakan...
doaku agar dirimu, dan sesiapapun yang membaca...
diberi yang terbaik buat diri, agama, dunia & akhirat kita...insyaAllah...
AMIN...

Tuesday, November 24, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai Manusia, sapertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguh nya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba di batalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba MU.

* Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Monday, November 23, 2009

Wanita Solehah Itu...

Wanita solehah itu aurat dijaga...
Pergaulan dipagari...
Sifat malu pengikat diri...
Seindah hiasan di dunia ini...
Keayuan wanita solehah itu..
tidak terletak pada kecantikan wajahnya...
Kemanisan wanita solehah...
tidak terletak pada kemanjaannya...
Daya penarik wanita solehah itu...
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman muslimin...
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu...
Bukan dan tidak sama sekali...
Kepetahan wanita solehah...
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain...
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama...
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa
yang indah bak permata yang menyeri alam...
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek...
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya...
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai...
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran...
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman...

Salam Pengenalan...

di alam cyber kita bertemu...
biar tiada pertembungan dua mata...
diharapkan di antara hati kita kan bertaut...
berlandaskan satu matlamat...
berkongsi ilmu dan bertukar pendapat...
demi mencari keredhaan Ilahi...
terima lah salam perkenalan dari ku...
semoga ukhwah berkekalan selamanya...