Thursday, February 4, 2010

Tazkirah Ustaz Helmi‏ (Yayasan Al-Khaadem 31/1/2010)

Kita semua sentiasa dilalaikan dengan urusan-urusan dunia seperti pekerjaan, keluarga dan harta-benda kita.

Surah Ali Imran ayat 14 (3:14)
"Dijadikan indah pada pandangan manusia keCINTAan kepada apa-apa yang diingini yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan dunia: dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik(syurga)."

2.Alhamdulillah sebahagian daripada kita sentiasa beringat untuk meluangkan masa menghadiri majlis tazkirah/peringatan kerana sesungguhnya peringatan akan dimanafaatkan oleh orang-orang yang beriman.

3. Al Baqarah ayat 165 (2:165).
"...Adapun orang-orang beriman sangat CINTA kepada Allah s.w.t.."

Apa tanda kecintaan kita kepada Allah s.w.t.?

Surah Ali Imran ayat 31
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutlah aku,niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu"
( 'aku' disini HANYA lah Rasulullah s.a.w. bukan sesiapa yang lain)
Sesetengah ulamak menyatakan ayat ini adalah ayat ujian..bahagian kedua kalimah syahadah.

4.Berusaha lah bersungguh sungguh untuk mencari sunnah Rasulullah s.a.w.
Bila jumpa dalilnya bersungguh-sungguhlah mengamalkannya. Bersungguh-sungguhlah meninggalkan bidaah( sesuatu yang baru diadakan dalam agama setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. yang tidak ada contoh daripada amalan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda)

5.Terus lah berusaha mencari dan memperbaiki diri dan sekiranya ada halangan atau gagal...jangan bimbang,..terus dan terus berusaha lagi.

Surah Yunus ayat 62-63 (10:62-63)
"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Yaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa."
(tak perlu kecewa atau "frust" dalam memperbaiki kualiti iman)

6.Tips:
a. Setiap pagi bangun dengan azam menjadi seorang Muslim yang lebih baik pada hari ini berbanding dengan semalam.
b. Mengawasi diri sendiri agar tidak terlibat dengan perkara dosa
c. Muhasabah-semak/hitung contoh ...baca quran (...minit) ....puasa sunat.... sedekah......silatulrahim...
d.Mujahadah...bersungguh-sungguh ingin/hendak keredhaan Allah

7.Kesimpulan:
a. Sangat penting untuk merancang kehidupan yang diredahi Allah s.w.t.
b. Sangat penting tetapkan/peruntukan masa menuntut ilmu agama.
c. Cinta dan berdampinglah dengan orang-orang yang soleh

Semoga kita termasuk dalam golongan orang orang beriman kerana peringatan-peringatan ini hanya berguna jika kita beriman.

(Di petik dari email:
Dr. Suriani binti Ismail
Department of Community Health
Faculty of Medicine and Health Sciences
UPM

No comments:

Post a Comment