Tuesday, February 23, 2010

Martabat Nafsu (oleh Nur Anwar)

(Bahagian 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya"

Hadis Qudsi,firmanNya:

"Sesungguhnya manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya. Dan rahsia itu sifatKu dan sifatKu tiada lain, Aku lah jua"

Mengenai soal makrifat pula Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

"Akulah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin supaya dikenali(dimakrifati), maka Aku jadikan alam ini,maka mereka makrifat kepadaKu"

FirmanNya lagi:

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu (manusia) memulangkan amanah kepada yang berhak (Allah)"

Jadi taraf kemuliaan seseorang hamba Allah itu adalah bergantung kepada sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap sebenar-benar makrifat jadilah kita sebaik-baik makhluk sebagaimana firmanNya:

"Sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik baik makhluk"

Tapi sebaliknya sekiranya kita gagal untuk mengembalikan amanah untuk makrifat maka jadilah kita sebagai mana yang di firmankan olehNya:

"Kemudian Kami kembalikan dia di tempat yang serendah-rendahnya"

Dan firmanNya lagi:

"Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk"

Baik buruknya manusia adalah bergantung kepada tahap-tahap kesucian batinnya atau nafsunya.

Nafsu mempunyai dua pengertian:

1. Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat seperti: marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau"

2. Makna yang kedua adalah berkaitan kejadian 'latifah rabbaniyyah' iaitu sesuatu yang batin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia adalah melibatkan soal-soal kerohanian.

Jenis-jenis nafsu yang saya huraikan adalah:

1. Amarah
2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah

(Bersambung)

No comments:

Post a Comment