Thursday, January 7, 2010

Rebutlah 5 Perkara sebelum Datang 5 Perkara...(Bah.2)

3) Waktu senang sebelum susah...
*Manakah yang kamu lebih sayang antara harta milik sendiri dengan harta milik waris kamu? Jawab para sahabat: Tentulah harta sendiri. Kami sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan harta kami. Ketahuilah sesungguhnya harta yang dibelanjakan ke jalan Allah, itulah milik kamu sedangkan harta yang masih menjadi milik kamu ketika kamu mati maka itu adalah harta waris-waris kamu.**tak pasti hadith atau dari mana**

* para sahabat selalu memberi sedekah walaupun di waktu mereka sendiri dalam kesempitan/keadaan berhutang.

* saidatina Aishah pernah menerima harta rampasan perang sekitar 80 ribu dirham. Beliau menghabiskan satu hari membahagi semua harta tersebut untuk dibahagi-bahagi kepada mereka yang memerlukan melalui pembantu-pembantu rumahnya. Setelah selesai, tibalah waktu untuk berbuka puasa...beliau meminta pembantunya membawa makanan bagi mereka berbuka puasa...mereka mengatakan, tiada apapun yang tinggal untuk dihidangkan. Ucap Aishah: mengapa tidak diingatkan kepadanya kerana sesungguhnya beliau terlupa untuk mengenepikan sedikit dari harta tersebut buat keperluan sendiri.
-bagaimana pula keadaan kita bila mendapat harta? Biasanya kita ketepikan dulu bahagian sendiri dan cuma mengagihkan yang "lebih"...wallahualam
Inilah yang dikatakan zuhud...zuhud bukan bererti untuk meninggalkan segala keduniaan. Andai kita jutawan, kita masih boleh zuhud, i.e: harta dunia bukan diletakkan dihati (cinta harta) tetapi diletakkan ditangan (senang memberi). Juga senantiasa mendahulukan orang lain melebihi keperluan sendiri.

* Sesungguhnya, segala yang kita lakukan kerana Allah akan mendapat balasan yang sewajarnya...setiap sen yang dibelanjakan ke jalan Allah, i.e: pendapatan dari sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan yang halal...hatta memberi nafkah kepada keluarga, termasuk sebagai ibadah.


4) Waktu lapang sebelum sibuk...
* kita sering mendengar ungkapan "killing time" (membunuh masa) terutama dikalangan anak-anak muda. Setiap seorang dari kita dibekalkan dengan masa yang cukup terhad. Sepatutnya kita menghargai setiap saat...tidak membiarkan ianya berlalu tanpa menambah bekalan untuk kehidupan yang abadi nanti.

* sebagai seorang Muslim, kita perlu mempunyai keyakinan yang sepenuhnya terhadap sabda/janji Allah dan RasulNya (saw), melebihi bukti fizikal atau yang zahir dimata sahaja...kerana balasan perbuatan, syurga & neraka tidak terjangkau oleh kemampuan 'akal semata.

* kepentingan solat berjemaah di masjid: "sekiranya mereka mengetahui balasan yang menanti bagi mereka yang solat subuh & isya' berjamaah nescaya mereka akan datang walaupun dengan mengesot.."

*oleh itu, laburlah masa kita dengan bijak sebelum Allah membuat kita sibuk...

5) Waktu hidup sebelum mati...

* Sabda Nabi (saw) : "Sesungguhnya kematian adalah pemusnah kenikmatan.."
* kematian adalah saat bilamana seseorang itu akan menyesal tetapi sudah terlambat.
* kita hanya ada satu peluang...satu kehidupan...

Kesimpulannya...Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara seperti yang telah diterangkan di atas. Ambil peluang sempena awal tahun ini untuk memasang azam berpandukan perkara ini.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment