Monday, January 4, 2010

Rebutlah 5 Perkara sebelum Datang 5 Perkara...(Bah.1)

- Dipetik & diterjemah dari ucapan Brother Shareef (Med U, Shah Alam)
sewaktu menghadiri Pengajian di Yayasan Al-Khaadem(Ahad 3/1/2010)


1) Waktu remaja (youth) sebelum tua...
remaja/muda dalam Islam adalah anggaran 40tahun ke bawah. Di kala inilah kita penuh bertenaga dan bersemangat untuk mengharungi segala rintangan hidup dan mencapai kejayaan. Andai matlamat hidup kita adalah untuk berbakti ke jalan Allah dengan mendalami ilmu agama, maka di usia muda lah otak kita lebih cerdas & boleh lebih mengingati segala pelajaran berbanding orang yang lebih tua.

Perjuangan Nabi (saw) dahulu pun banyak di dokong oleh para sahabat yang jauh lebih muda dari usia baginda (saw) sehinggakan Abu Bakar As-Sidiq, yang 3 tahun lebih muda, di gelar "Sheikh" (bermaksud "orang tua")oleh para sahabat yang lain.

Walaupun begitu, ada juga para cendikiawan Islam yang hanya mula mendalami ilmu dalam usia selepas 40tahun dan masih mampu menguasai bidang ilmu yang di pilih dengan baik. Maka belum terlewat bagi setiap dari kita untuk berubah ke arah kebaikan.

2) Waktu sihat sebelum sakit...
Satu contoh: buah pinggang...buah pinggang yang amat kecil dalam tubuh kita berfungsi membersihkan darah secara berterusan. Sekiranya ia tidak lagi dapat berfungsi, kita memerlukan mesin dialisis yang secara fizikalnya jauh lebih besar dan pesakit perlu meluangkan masa berjam-jam bagi melengkapi satu proses pembersihan setiap 2 hari sekali...pada hari antara proses pula, pesakit perlu berehat sebelum melalui proses seterusnya pada keesokan harinya...andai kita menghadapi situasi ini, tentu kita merasakan betapa berharganya nikmat kesihatan.

* 2 rahmat Allah yang amat besar yang sering di ambil mudah & tidak dihargai adalah nikmat SIHAT & MASA LAPANG.

* 2 nikmat, yang sekiranya Allah tarik dari seseorang, malah dia sabar & redha, Allah menjanjikan Jannah baginya...itulah ke-2 biji mata (penglihatan)

* Sekiranya kita diuji dengan kesakitan bagi sesuatu anggota badan, fikirkan apakah dosa yang telah kita lakukan dengan menggunakan anggota tersebut.

* Berapa ramai orang yang melakukan dosa dan kemudian menjadi insan yang lebih baik di sebabkan dosa tersebut..?? Sesungguhnya Allah amat menyukai seseorang, yang apabila dia melakukan sesuatu kesalahan, cepat-cepat dia menyedari, menyesali dan bertaubat memohon rahmat Allah bagi mengampunkan dosa tersebut.

* Sekiranya kita melakukan dosa, adalah bijak sekiranya kita tidak mengulangi kesilapan tersebut dan cepat-cepat bertaubat memohon ampun kerana kita tidak tau bila ajal kita akan sampai.

* Sekiranya kita berazam untuk mengira segala nikmat yang Allah berikan kepada kita, tentu kita takan dapat melakukannya. (kerana nikmat Allah tidak terkira banyaknya)

No comments:

Post a Comment